Sunday, June 17, 2012

Kenangan Terindah

Assalamualaikum...pe kabo sume?sihat k?arap2 sihat la ye,lme dh plak rasenyer x update blog ana nie. Almaklumla tgh exam,so sibuk la ckit..hehe, ana ad 2 paper ag,doakan ana n kawan2 dpt jwb dgn baik ye...  untuk entry kali ni ana nak nak kenalkan ahli bilik ana dengan korang sume..hehehe...dh nk hbs sem dh bru nk knalkan ahli bilik. Al-kisahnya cam ni,smlm lpas habis je exam tajwid,kitorng pn spakat nk g kuar makan same2,tw kitorng g makan kt ne??kt PIZZA HUT..hehe..mkananyer best la jgk,tp kenangan yg trcipta tu lg best..ni ad ckit buah tgn yg ana bwak blik tok pngunjung2 blog ana ni..hehe
ni roomate ana,yg tdung pink tu namenyer  atiqah tp kitorng pggl k.cik, xtw la sbb ap pggl cmtu,sbb kecik n comel kot..hehe(jgn mrh ye k.cik) yg tdung hitam tu namenyer asma...
nie ana n roomate ana yg sorg ag,name  die salmi,.salmi nie org kedah..
nie la yg kitorng mkan..sdap x??nk la tu..telan air liur dh sume..hehehe...sabar ye,nt kite g makan same2..


posing ckit..alala..comelnyer..hehe
dh knyang dh..smpat ag posing nk balik pn..hehe
ok lah sume..nie j yg dapat ana share nga korang sume...bt roomate ana,korang mmng best la...walaupn lpas nie dh xduk same2 tp korang sume ttap di hati ana..sahabat untuk selamanya...:)

Saturday, May 12, 2012

LELAKI MUDA VS SYAITAN

Assalamualaikum sume..dh lme rasenyer ana xupdate blog ni..sibuk sgt kot..hihi...korang sume ape khabar? Untuk entry kli ni ana ad satu cerita nk share nga korang sume..alkisahnya mcm ni...
  "Ad seorang lelaki muda ni bangun awal pagi utk solat subuh d masjid. Dia brpakaian, bwudhu dan brjalan k masjid. Dtgh jalan lelaki muda itu jatuh dan pakaianya kotor. Dia bgun, bersihkan baju dan pulang krumah. Dia mnukar baju,bwudhu dan brjalan smula k masjid. Dlm prjalanan k masjid, dia jatuh lg dtmpat yg sama! Dia bgun lalu pulang k rumah. D rumah skli lg dia mbersihkan diri,tukar baju, dan bwudhu. Dia brjalan smula mnuju k masjid.
 D tgh jalan mnuju k masjid,dia brtemu seorng lelaki yg mmegang lampu. Dia mnyapa lalu lelaki itu mnjawab " sy mlihat kamu jatuh 2x prjalanan kamu mnuju k masjid,jd sy bawakan lampu utk menerangi jalan kamu." lelaki muda mngucapkan terima kasih dan brjalan mnuju k masjid.
 Saat sampai d masjid, lelaki muda mngajak teman barunya utk solat subuh brsamanya,ttapi lelaki itu menolak,bkali-kali d ajak tetapi jawapannya sama. Lelaki muda btanya knapa mnolak utk solat. Teman barunya mnjawab:
AKU ADALAH SYAITAN!!!
Lelaki muda sgt trkejut..!
 Syaitan mjelaskan, "sy mlihat kamu bjalan k masjid, sy lah yg mbuatkan kamu trjatuh, ketika kamu pulang k rumah, bersihkan diri dan kembali k masjid, Allah mngampunkan semua dosamu. Sy mbuatmu jatuh kli k-2, tp kamu tetap mneruskan hasrat kamu itu, Kerana itu Allah mngampunkan dosa sluruh keluargamu. Sy KHUATIR jika sy mbuatmu jtuh kli k-3, mngkin Allah akan mngampunkan dosa sluruh pnduduk desamu, jd sy harus mmastikan kamu smpi k masjid dgn selamat."
MORAL : Jangan abaikan suatu niat yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut... 


Friday, March 23, 2012

ASSIGMENT mai lg...

Assalamualaikum...
korang apa khabar? sihat k? dah lame rasanya xupdate blog ana ni...almaklumla sibuk sikit sekarang ni..hehe..(sibuk la sangat)... betul la sibuk,assigment dah berlambak dah nie..assigment grafik lg,database lg,business lg,banyak lg la,xlarat dh nak taip,duk bratur tunggu turn untk disiapkan je sume tu..hehehe...semalam baru ciap buat skripvideo b.arab dengan group ana,cume tggu untuk dtranslatekan dalam b.arab je..hari nie nak tnjuk kat  bos kumpulan kitorng(hakim) plak,blh dterima ke tak skrip tu,jgn kena reject suda..hahaha...hari nie plak nak ciapkan asigment grafik plak,dh bnyak dh tu,xsnggup dh nk simpan lg..hehe..kalau korang la kan,korang akn bt awal-awal atau bile dh nk trikh LUPUT bru la trkejar-kejar  nk bt assigment korang tu??????hehehe...ana rase setakat nie je lah dulu,nati kite cite-cite lg ye sume,ana ad clas bi plak lpas nie..tata sume..

Saturday, March 10, 2012

kiSaH sEmaLam

Assalamualaikum...
 ari ni Ana nk share ckit nga korang sume..cite lawak la jgk...smlm lpas hbs clas bi dkat FEM,Ana ngan kwn Ana  k.cik ni g la nk mkn kt cafe kt FEM tu. Smpi je kat sane ade la sorng bdak laki ni tgur ktorang. nama die Aiman,bru 4 thun umurnye..mula-mula dia tye Ana ap kt tgn Ana tu,Ana ckapla hp,pastu die tye ag ad game x dlm hp tu,ana ckap la ad,die pn dgn slambanya mntak nk main game dlm hp tu..hahaha...dsebabkn Ana xbg,die follow j kmane Ana n k.cik jln...bkn ap law adk sdiri blh la jgk bg,ni knal pn x bdak tu,mahal tu hp tu,,hahaha...smpaikan Ana dpt title 'mama' dr tok long kwn Ana ni...hahaha
ad crita lawak lg smlm..smlm lpas hntr kreta yg Ana n adk-bradik Ana sewa tok g jln2 smlm,Ana drive la kreta tok long tok blik k KK1,yg lawaknyer blh Ana drive kreta tu tnpa bka lampu..hahaha..smpi j dkat guard kne tahan,igt bt slah ape la yg kne tahan ni rupe2nyer die nk ckap yg lampu kreta xbka..haha..almaklumla lampu dh bnyak kt USIM ni,smpaikan drive kreta lampu xbka pn xprasan..haha..
stakat ni je lah yg Ana nk share nga korang sume...sekian..hehehe

Thursday, March 8, 2012

Nasihat Untuk Wanita


 1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabna Nabi s. a. w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r. ha. dan Maimunah r. ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s. a. w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s. a. w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s. a. w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s. a. w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s. a. w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s. a. w.?" Jawab Rasulullah s. a. w. :

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

Wednesday, March 7, 2012

♥ BEZA SUKA & CINTA ♥


Di hadapan orang yang kita cintai,hati akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka,hati kita kan gembira.

Di hadapan orang yang kita cinta,musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka,musim itu cuma berangin saja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,kita akan kaku. Tapi jika kita melihat orang yang kita suka,kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cintai,kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka,kita kan tunjukkan imej diri kita yang sebenar.

Di depan orang yang kita cinta,lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka,kita akan bebas berkata apa saja.

Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis,kita akan turut menangis. Tapi bila orang yang kita suka menangis,kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari mata. Perasaan suka pula bermula dari telinga. Jadi,jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata cinta berbuah menjadi air mata.


bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah ciap jugak blog Ana..xtaw la nak pos ape..huhu..Ana bukan minat sangat blog ni,tp trpaksa la jugak buat utk kos grafik ni..arap sume dapat bagi tnjuk ajar ye...:)